Tugasan terakhir kami adalah membina Spss.Spss adalah satu jenis soal selidik dan harus membuat data-datanya mengikut kajian yang telah dibuat terhadap tahap pencapaian pelajar-pelajar di dalam pembelajaran komputer dalam pendidikan di dalam kelas.terlebih dahulu kita harus membina lima soalan berkaitan dengan kajian tentang kursus kita sendiri iaitu komputer dalam pendidikan .Selepas itu,kita harus membuat borang selidik dengan mengisi soalan-soalan tersebut untuk diberikan kepada kepada pelajar-pelajar.Untuk membina borang soal selidik kita harus:
a)buka "microsoft word"
b)masukkan tajuk borang soal selidik dan memasukkan perkara-perkara seperti berikut;
-Latar belakang responden
*Jantina
*Umur
*Tahun
*Program
-Kemudian masukkan 5 soalan yang telah dibuat itu untuk dinilai oleh pelajar-pelajar
-Bagi saya,saya telah membina 5 soalan yang berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar tersebut berkenaan dengan pembelajaran komputer dalam pendidikan.
-Disini mereka harus memberikan tahap kefahaman mereka di tahap yang tinggi,sederhana dan rendah.
-Cara mereka adalah hanya menandakan tanda(/) didalam kotak yang disediakan.
Setelah siap mengumpul data-data didalam borang soal selidik itu,kita harus masukkannya didalam data Spss.Mula-mula kita;
1)klik pada data spss dan kemudian akan keluarlah bantuk jadual untuk kita mengisi segala maklumat yang akan diperlukan.
2)pada petak pertama kita taip jantina,maka akan keluarlah perkara-perkara lain dipetak-petak seterusnya.
3)perkara yang sama akan berlaku dipetak yang kedua apabila kita menaip umur dan seterusnya sehingga kepada soalan yang terakhir.
4)kita harus memasukkan nombor bagi setiap perkara-perkara berikut.
5)Ini untuk memudahkan kita mendapat data-data yang diperlukan.
5)perkara-perkara diatas adalah didalam "Variable View".
6)Kemudian klik pada "DataView" dan akan keluarlah bentuk jadual juga dimana kita perlu mengisi tahap-tahap penilaian yang telah dibuat didalam borang soal selidik yang disediakan.
7)Setelah siap mengisi tahap kefahaman pelajar yang seramai 25 orang itu,kita harus mendapatkan data-data yang dikehendaki.Mula-mula kita:
-klik pada "Analysis"
-klik pada "statictis"
-kemudian klik pada "Frequencies"
-maka akan keluarlah perkara yang akan dimasukkan kedalam data dimana semua maklumat.
-masukkan maklumat yang terdapat didalam borang soal selidik seperti jantina,umur,dan sebagainya itu ke dalam kotak Variable dan pilih Charts kemudian klik "Ok".
-maka akan keluarlah setiap data dan carta pai yang menunjukkan butir-butir maklumat yang di masukkan.
-Akhir sekali dalam membina spss,kita harus membuat laporan berkenaan spss yang dibuat.
-Untuk membuat laporan hanya masuk dalam"microsoft word"dan buat laporan berkenaan maklumat yang telah di perolehi.Untuk dapatkan contoh data kita harus "right klik"dan "copy"kemudian masuk dalam laporan untuk"paste"
-maka selesailah tugasan spss.Diharap kawan-kawan dapat menyiapkan tugasan spss ini kerana ia agak senang untuk dibuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment